School Name
Home > Our Life @ TKP > We Learn! > Mother-Tongue > Malay (Melayu Version)

Malay (Melayu Version)

Jabatan Bahasa Melayu

Ketua Subjek: Arlinah Arsad (Mdm) (Bahasa Melayu)


PROGRAM UTAMA

Program Drama dan Pertuturan (P1 dan P2)

Murid-murid peringkat rendah diberi peluang menguasai bahasa dan meningkatkan keyakinan diri melalui drama. Ini merupakan satu platform pembelajaran yang berkesan lagi menyeronokkan. Murid didedahkan kepada pelbagai aspek pertuturan supaya lebih berkeyakinan di depan khalayak. Langkah ini diharapkan dapat menggalakkan kesungguhan dan sikap kepercayaan diri di kalangan para pelajar.

Di akhir Program Bertutur dan Drama, murid-murid akan membuat persembahan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui persembahan tersebut. Persembahan yang akan dijalankan itu menggabungkan nyanyian dan lakonan.

Darjah 1 Speech & Drama 2015















Darjah 2 Speech & Drama 2015















Darmawisata (P1 hingga P3)

Program darmawisata ini dimulakan pada 2010. Melalui darmawisata yang dianjurkan ini, murid-murid berpeluang menjalani pembelajaran bahasa Melayu secara autentik dan lebih bermakna. Sewaktu lawatan, murid-murid harus melengkapkan buku aktiviti yang telah disediakan. Latihan yang terdapat dalam buku aktiviti ini berkaitan dengan tempat yang dilawat.

Selepas lawatan pula, murid-murid dikehendaki membuat persembahan tentang pengalaman dan tempat yang telah dilawat. Penilaian akan dibuat berdasarkan persembahan setiap murid secara individu. Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati oleh murid-murid darjah 1, 2 dan 3.

P1-P3 LJ - Photo 01



















P1-P3 LJ - Photo 02























P1-P3 LJ - Photo 03































Dwiminggu Bahasa Ibunda (P1 hingga P6)

Program Dwiminggu Bahasa diadakan buat julung-julung kalinya pada tahun 2011. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan yang ingin menggalakkan dan merancakkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan para pelajar. Program sepanjang dua minggu ini sarat dengan pameran, akitiviti bahasa dan juga budaya. Program Dwiminggu Bahasa ini berlangsung selama dua minggu.

P1-P6 MT Fortnight - Photo 01

 

P1-P6 MT Fortnight - Photo 02

 

P1-P6 MT Fortnight - Photo 03














 

PAUTAN BERGUNA

https://emedia.moe.edu.sg/

https://mekar.edumall.sg/

https://nadi.edumall.sg/

https://prpm.dbp.gov.my